Monday 9 January 2012

Perasaan rindu kepada Allah SWT adalah Penghapus Dosa.

Al-Junaidi Al-Bahgdadi pernah berkata :
1- Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).
2- Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.
3- Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).
4- Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.
5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT tidak akan mati.
6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT.
Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.
Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT.
Anggota manusia  itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.
7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.
8- Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.
9- Orang yang mengkaji sesuatu tetapi tidak mengkaji hikmah perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan dalam kajiannya.
10- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.
11- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.
12- 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT”.
13- Seorang sufi itu seperti ladang, baja dan isinya. oleh yang demikian orang sufi adalah ibarat benih-benih yang baik.
14- Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.
15- Perasaan Cinta kepada Allah SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dalan jiwa orang mukmin.
16- Sesat lalai daripada mengingati Allah SWT menghapuskan pahala seribu tahun beribadat.
17- Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT pasti akan menjumpai Allah SWT.
18- Orang yang benar-benar  Mukmin adalah orang yang yakin hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.
19- Orang yang berakal waras adalah lebih baik daripada orang sufi yang memiliki perasaan jahat di dalam hati.
20- Allah SWT terlebih dahulu mencipta Rahmat daripada mencipta Dunia.
21-  Sesiapa menyebut nama Allah SWT pasti namanya akan lenyap bersama nama Allah SWT.
22- Kesufian yang Allah SWT kurniakan kepada semua insan adalah kesufian yang lari daripada dunia dan menuju kepada Allah SWT dengan peribadatan.
23- Rahsia kesufian itu adalah Rahsia yang tersimpan di sisi Allah SWT yang tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.
24- Jenayah yang paling zalim adalah Tamak haluba.
25- Berfikir dengan ayat-ayat Al-Quran akan mendapat Cahaya Allah SWT, kemuliaan Allah SWT dan Taqwa kepada Allah SWT.
Ayat-ayat Al-Quran berupaya melahirkan perasaan Cinta kepada Allah SWT.
26- Orang yang sentiasa memikirkan Rahmat Allah SWT akan dapat menghilangkan dosa kerana orang yang bimbang kehilangan Rahmat Allah tidak akan melakukan dosa.
27- Orang yang paling agong disisi Allah adalah orang yang menyerah kehendaknya kepada kehendak Allah SWT dan keredhaan Allah SWT.
28- Seseorang yang benar-benar Hamba Allah SWT tidak akan menyembah selain daripada Allah SWT.
29- Buangkan perasaan pentingkan dunia, pasti  Allah SWT akan membuka Jalan untuk menemuiNya.
30- Membuang hawa nafsu akan menjadikan diri anda pendamping kepada Allah SWT yang paling dekat.

Sunday 8 January 2012

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta.

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Zulaikha, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Zulaikha?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.



**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Zulaikha. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? 

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."









Mari Kita Renungkan Bersama

Sahabat-sahabatku….

Dalam suka-duka , riang ria menempuhi hidup ini , janganlah kalian lupa sama sekali ,
Dulunya kita tiada .. tetapi dengan kehendak dan kudrat yang Maha Esa ,

Kita dihidupkan ke dunia ini buat sementara 

Sahabat-sahabatku yang disayangi….
Cubalah bayangkan………..kedua-dua ibu dan bapa kita,
Bayangkanlah……
Sebelum kalian mencelikkan mata melihat dunia ini,
9 bulan 10 hari………kalian dikandung ibu tercinta,
selama itu ………penderitaan ibu yang mengandungkanmu,
Tidak terurai oleh kata-kata, sejuk perut ibu merasakan,
Kesakitan dan lenguh-lenguh membelit seluruh tubuh……..

Sahabat-sahabatku……..
Semasa dikau membesar dalam rahim ibu tercinta,
Letihnya ibu tidak bermaya
Pucat bibirnya, lemah anggotanya
Hendak makan pun tidak berselera
Tetapi ………..setengah-setengah ibu lantaran terpaksa
Walaupun uzur sedemikian rupa
Digagahkan diri membuat kerja
Mencari rezeki selagi terdaya
Terketar-ketar lemah badannya
Rebah tersungkur tidak berupaya

Apakan daya…….itulah pengorbanan ibu 

Kalian manjaan ibu……..
Kalian manjaan ayah…….
Tatkala dirimu akan muncul ke dunia
Sakitnya ibu tidak terkira
Kering tekaknya, berkerut mukanya
Berpeluh ibu …….seluruh anggota
Mengetap bibir, memejamkan mata
Terasa dirinya antara dua
Seakan-akan melayang nyawa dari jasadnya
Menahan kesakitan melahirkanmu
Renungkanlah mukanya ketika itu
Pucat tangannya menahan kesakitan yang teramat sangat
Masihkah kau ingat…….

Ibumu mengucapkan kalimah, “Allahuakbar….Ya Allah Ya Tuhanku…….
Selamatkanlah anakku ini …….
Selamatkanlah anakku ini……..
Selamatkanlah anakku ini……..
Itulah ucapan yang diulang-ulang
Hinggalah kalian dilahirkan di dunia ini
Masihkah kau ingat…..
Kelahiran kalian disambut dengan bisikan ‘azan’
Yang dibisikkan ayah di telingamu.

Sahabat-sahabat adalah harapan keluarga
Apabila tangisan pertama kedengaran
Ibunya lenyap segala kesakitan
Senyum lemah terukir di bibirnya
Di hati mengalir penuh sayang
Melihat dirimu yang merah kecil
Di rongga hatinya penuh kesyukuran
Di kepalanya berlegar pelbagai harapan
Inilah anak yang tersayang ……
Inilah anak pembela masa depan
Menjadi manusia berjaya
Menjadi manusia berguna

Menjadi manusia beriman 

Sahabatku…….
Masihkah kau ingat semasa kau dibesarkan
Ayah dan ibumu bergilir-gilir berjaga malam
Biar dirinya kepeningan ……….
Biar dirinya sakit demam
Asalkan anak ini tidak menangis kesejukan
Sahabatku…….
Semasa dirimu masih kecil
Engkau disusu sepenuh kasih sayang
Diriba, dibelai, didodoi, dibersihkan, dibedak, diselimut dengan manja
Sekali-kali tidak ibu rela
Walaupun seekor nyamuk menyentuh kulit halus anaknya.

Kalian kesayangan ibu dan ayah…..
Bila dirimu besar begini
PERNAH KAU HITUNGI………
Berapa banyak keringat ayah tumpahkan ke bumi
Berapa banyak peluh ibu mengalir ke kaki
Masihkah kau ingat ………masihkah kau ingat


Masihkah ingat ….
Bagi yang lelaki , berlari-lari di pondok hadapan rumah dengan kawan-kawan
Dan yang perempuan , bermain pondok-pondok dan
Masak-masak dengan kawan-kawan
Masihkah kau ingat …
Ibumu menyuapkan nasi ke mulutmu

Dan dengan tangan itulah engkau dibesarkan 

Sahabatku…
Masa berlalu begitu cepat sekali
Kini kalian mula memasuki alam persekolahan
Cuba kalian kenangkan kembali
Siapakah yang menghantar kalian ke sekolah ?
Siapakah yang duduk di sebelah kiri dan kanan kalian ketika itu ?
Masihkah kalian ingat …
Ketika kalian belajar membaca, menulis dan mengira di sekolah ?
Masihkah kalian ingat…
Guru-guru yang mengajar
Sehingga kalian pandai membaca , menulis dan mengira ?
Masa terus berlalu dengan cepatnya ….
Diam tak diam
kalian sudahpun melangkah kaki ke darjah 6

Setelah tamat darjah 6 ….. kalian sekarang dah masuk ke sekolah menengah 

Kini…
Kalian sekarang sudah remaja
Cabaran semakin banyak dan pelajaran semakin sukar
Kalian sudah melihat dunia luas
Jika di sekolah rendah dahulu
Kata-kata ibu bapa dan gurulah ….kata keramat
Yang kalian pegang
Tapi…Sekarang tidak lagi
Ke mana hilang semua itu
Masihkah kalian ingat ….
Ketika kalian ingin membeli sepasang baju yang agak mahal
kalian ingin memilikinya kerana …..
Rakan-rakan kalian di sekolah memakai pakaian yang mahal-mahal belaka
kalian malu dengan rakan-rakan jika tidak serupa dengan mereka
kalian malu….
kalian malu…..
kalian malu jika adik-adik tidak memiliki baju yang mahal juga
Walaupun keberatan kerana ayahmu tidak memiliki wang yang secukupnya
Ayahmu cuba juga untuk menunaikan hajat dan kehendak kalian
Kerana………. ayahmu tidak mahu mengecewakan kehendakmu
Asalkan keputusan peperiksaan kalian……..tidak mengecewakan mereka
Itu sajalah harapan mereka



Sedarkah sahbat-sahabatku……..
Wang yang digunakan untuk membeli baju mahalmu itu
Boleh menampung perbelanjaan makanan keluarga untuk beberapa lama?
sedarkah ketika itu?
Kalian sekarang sudah besar panjang
kalian merasakan ………
Kalian sudah pandai daripada mereka
Kata-kata dan leteran mereka sangat menyakitkan hati kalian
Kalian telah bosan dengan kata-kata nasihat mereka
Kata-kata nasihat itu kalian anggap sudah basi dan tidak bererti lagi
Kalian mulalah berjinak-jinak dengan kawan-kawan yang liar dan bebas
Kalian juga ingin bebas seperti mereka
Kalian tidak ingin lagi dikongnong oleh keluarga

AKU SUDAH BESAR….AKU SUDAH DEWASA…..AKU TIDAK SUKADILAYAN OLEH IBU DAN BAPA SEPERTI ANAK-ANAK KECIL”

Itulah luahan kata hati kecil kalian.
Kalian tidak lagi ambil kisah tentang ibu dan bapa….
Apa lagi untuk mengambil berat tentang diri mereka
Untuk kawan-kawan ……
Kalian belikan hadiah yang mahal-mahal pada hari jadi mereka
Tetapi…..
Untuk ibu dan ayahmu yang menjaga dan melahirkanmu
Kalian langsung tidak ingat
Bilakah tarikh lahir mereka
Mereka ,…..mereka bagi kalian tidak penting
Tidak penting………
Segala nasihat ibu dan bapa
Kalian tidak terima
Malah …..
Kalian menengking mereka
Kalian tergamak menngeluarkan kata-kata kesat kepada mereka
Kalian hina mereka
Kalian menganggap mereka kolot, tidak berpelajaran , kuno, dan tidak memahami masalah remaja masa kini. Kalian hancurkan impian dan harapan ibu bapa yang melahirkanmu dahulu.
Kalau ibu bapa kalian tahu apa yang akan berlaku kepada mereka….
Dahulu lagi ketika kalian masih kecil
Mereka telah pijak dan picit-picit
Apalah gunanya anak yang mereka harapkan dan bela sampai dewasa ini
Telah menjadi anak yang engkar dan derhaka

Namun apakan daya….
Walaupun mereka kecewa dan harapan mereka hancur
Mereka tetap menganggap kalian sebagai anaknya
Dan…..
Sebusuk-busuk daging
Dimamah, dibasuh….. dimakan jua.

Bayangkanlah……
Semasa kalian sedang lalai dan berseronok-seronok dengan rakan-rakan liar dan bebas itu
Tiba-tiba adik jatuh sakit
Kalian terpaksa dirawat di hospital berbulan-bulan lamanya
Sehingga…..
Badan kalian menjadi kurus kering
Mata kalian menjadi cengkung
Bibir kalian menjadi kering dan hampir semua rambut kalian gugur
Kalian tidak bermaya lagi
Ramai sanak saudara datang menziarahi kalian
Tetapi……
Rakan-rakan yang liar dan bebas entah ke mana
Apatah lagi hendak menjenguk…..
Nak membantu jauh sekali
Mana mereka?
Mana…………..
Tetapi………
Ibu dan ayah kalian tidak begitu
Mereka sentiasa berada di sisi dan menemani.
Bayangkanlah……
Ibu membelai-belai rambut kalian yang sudah tidak seberapa itu
Dan…….ayah kalian pula mengurut kaki kalian yang sudah tidak berdaging lagi
Bayangkanlah kalian……..
Sebenarnya kalian sedang menunggu saat-saat kematian yang begitu mendebarkan
Lihatlah air mata mereka…..
Berlinangan membasahi pipi kerana mengenangkan nasib diri kalian
Jika diizinkan Tuhan……
Ingin rasanya mereka mengambil tempat kalian
Kerana…….kalianlah yang patut hidup lebih lama bukanya mereka.
Begitulah pengorbanan dan kasihnya mereka kepada kalian
Pengorbanan dan kasih yang tiada tolok bandingnya dan tiada terkira nilainya
Tidak pernahkah kalian fikirkan ……..
Betapa peritnya penderitaan ibu dan ayah ketika itu
Begitulah betapa kasih dan sayangnya ibu dan ayah, terhadap kalian selama ini
Dan……di manakah nikmat-nikmat Tuhan yang telah diberikan kepada kalian

Yang pernah kalian dustakan. 

Sedarlah kalian……
Sedarlah kalian…..
Sedarlah…..
Sedarlah …..
Tetapi…..
Kini ibu dan ayah kalian gembira
Anak yang mereka harapkan
Anak yang mereka impikan untuk membela mereka
Kini……… sudah mahu berubah
Sudah mahu mendengar nasihat ibu dan ayah
Sudah mahu mendengan nasihat guru-guru tercinta
Dan ……sudah mahu mencipta kejayaan pada masa mendatang.
Katakanlah dan sematkanlah dalam hati kecil kalian
Aku kini tidak lagi begitu ibu
Aku tidak lagi seperti itu ayah
Aku kini sudah berubah
Aku akan cuba mencapai segala harapan ibu dan ayah
Aku tidak mahu malas-malas lagi
Aku tidak mahu lalai lagi
Aku tidak mahu leka lagi dengan angan-anganku
Dan……biarlah kursus ini menjadi bukti dan titik tolak permulaan hidupku
Ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang .
Kalian manjaan abang-abang dan kakak-kakak….
Tariklah nafas perlahan-lahan
Buanglah kenangan buruk masa dahulu
Tukarlah……..
Tukarkanlah dengan azam yang baru
Tukarkanlah …….

Bukalah mata kalian wahai sahabat-sahabatku,
Bukalah perlahan-lahan
Lihatlah betapa indahnya hari ini
Seindah hidup adik-adik di masa akan datang
Aku berbangga pada diriku sendiri
Aku bangga kini
Insya Allah….aku akan berjaya

-DARI KAK HANANI-

Bukti Kasih Seorang Ibu.

Hayatilah kisah ini..






Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan satu-satunya anak. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit. Si ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, melaga ayam dan banyak lagiIbu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, dia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”Namun semakin lama si anak semakin liar dengan perbuatan jahatnya, sudah sangat sering dia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannyaSuatu hari dia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia tertangkap
Kemudian dia dibawa ke hadapan raja utk diadili dan dijatuhi hukuman pancung.
Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari
di depan rakyat desa dan tepat pada saat lonceng berdentang menandakan pukul enam pagi.Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. Dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”Dengan tertatih tatih si ibu menghadap  raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan
Tapi keputusan sudah muktamad, anakknya harus menjalani hukuman.
Dengan hati yang hancur, ibu kembali ke rumah. Tidak henti – henti si ibu berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong – bondong menyaksikan hukuman tersebut. Tukang pancung diraja sudah siap dengan pancungnya dan si anak itu sudah pasrah dengan nasibnya.
Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya Detik-detik yang dinantikan akhirnya tibaSampai waktu yang ditentukan tiba, lonceng belum juga berdentang sudah lewat lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan lonceng datang.
Petugas itu mengaku hairan kerana sudah sejak tadi dia menarik tali lonceng tapi bunyi dentangnya tiada.Disaat mereka semua sedang bingung, tiba – tiba dari tali lonceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu diikat. Dengan jantung berdebar – debar seluruh rakyat menantikan apa yang berlaku disaat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah itu.Tahukah anda apa yang terjadi?
Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepalanya hancur berlumuran darah
dia memeluk bandul di dalam lonceng yang menyebabkan lonceng tidak berbunyi,
dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk sehingga hancur di dinding lonceng tersebut!Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata
Sementara si anak meraung – raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan.
Si Anak menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.Malam sebelumnya, si ibu dengan bersusah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng. Dia memeluk besi dalam lonceng untuk menghindari hukuman pancung keatas anaknya.
Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya. Walaubagaimana  jahat pun si anak, si ibu tetap mengasihi sepenuh hidupnya.
Marilah kita mengasihi orang tua kita masing – masing selagi kita masih mampu
kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini.
Sesuatu untuk dijadikan renungan untuk kita agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun..


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang mennggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuatkan hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Gunakan waktu sebaik mungkin kerana waktu tidak akan dapat diputar kembali.

Lelaki Oh! Lelaki.

Wahai lelaki, apa yang kamu dapat sebenarnya??

Wahai lelaki,

apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila kamu ‘memancing’ wanita

Kamu menyentuh hati wanita

Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita

Mengapa mengharap kepadamu

Tapi kamu perlu tahu

Wanita hatinya cukup lembut

Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai

Pasti kamu pertikaikan

Siapa suruh berharap?

Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu

Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?

Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan

Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai lelaki,

Kami akui wanita sangat mudah perasan

Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita

Kami redha dengan kelemahan itu

Tapi wahai lelaki

Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini

Bukanlah untuk mengambil kesempatan

Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami

Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu

Membimbing wanita yang lemah ini

Maka kamu perlu tahu

Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai lelaki,

Apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia

Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan

Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan

Tapi pernahkah kamu fikir

Kedudukan kamu disisi Allah?

Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai lelaki

Jika kamu seorang yang taat,

Jika kamu sangat menjaga solat kamu

Mengapa lakukan ini pada wanita

Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran

Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan

Bahawa kamu mahu isteri yang solehah

Tapi dalam masa yang sama

Kamu tidak putus-putus memancing wanita

Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki

Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya

“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Adakah layak kamu peroleh wanita solehah

Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu

Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh

Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu

Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan. Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti.

“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,

tampan lelaki kerana kejernihan wajah.

Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.

Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.

Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh.”