Saturday 7 January 2012

Selawat Keatas Nabi.

Ya Muhammad, rinduku, selawat untukmu. Dirasakan, diucapkan. Setulus jiwa dipersembahkan padamu. Ya Nabi, ya Rasul, ya Habibi..!! Engkaulah pelita gelapnya jiwa. Muhammad kekasih Allah, yang menerangi gelapnya dunia. Selawat keatasmu!! Selawat keatasmu!! 
Rasulullahh, engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta. Biar terpaksa tempuh derita, cekalnya hatimu merempuh ranjaunya. Tinggi pekertimu, indahnya akhlakmu.
Sesungguhnya engkau Rasul yang mulia. Mengajar kami erti pengorbanan dan kesabaran. Kami cuba untuk menyambung perjuanganmu. Mengajar dan berkongsi sunnah-sunnahmu. Kami tahu kami masih jahil. Engkau contoh akhlak yang terpuji. Penyeri timur dan barat. Ya Rasulullhah, doakanlah kami agar kami menjadi umatmu yang setia dan hamba Allah yang taat. Amiin..!!


‎* 2012 Masihi.
* 1433 Hijrah.

Bermakna Nabi Muhammad SAW sudah 1433 tahun meninggalkan kita.. Ya Rasulullah. bilakah agaknya aku dapat berjumpa denganmu ya Rasulullah? Hati ini asyik teringat pasal mati saja. Belum tentu amalan yang sudah aku lakukan boleh menyemai rasa kasih dari hatimu. Engkau tentu akan berasa sedih sekiranya umatmu hampir melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan olehmu untuk kami semua. Engkau selalu bersedih mengenangkan umatmu di zaman sekarang ini yang sudah tidak patuh lagi terhadap suruhan Allah SAW. Maafkan aku ya Rasulullah.. maafkan aku.. :'(..

Tersebut pula dalam kitab 'Bidayatul Hidayah':
"Manakala hari Kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sehingga para nabi berkata. "NAFSI-NAFSI" (sendiri-sendiri). Kecuali Nabi Muhammad SAW. Baginda berkata. "UMATKU-UMATKU". :'(

-Wallahu'alam-




No comments:

Post a Comment