Saturday 31 March 2012

Saksikan seksaan semasa koma.

Diceritakan oleh : KHARUNNISA SULAIMAN
Pengalaman oleh : USTAZ ABDUL LATIF YAHYA PALEMBAN

Bacalah dengan penuh penginsafan dan pengharapan pada Allah SWT. Moga-moga kalian diberi hidayah oleh Allah SWT, insya Allah.

"... dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau saudara saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau orang gaji yang tidak berkeinginan terhadap anita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..."
- Surah An-Nur ayat 31- 

             Sebaik selesai melakukan rukun umrah yang ketiga - sai - berlari-lari anak sebanyak tujuh kali antara Bukit Safa dan Marwah, saya terdengar orang memanggil saya beberapa kali. 

             "Ustaz! Ustazzzz!"

              Ketika itu saya di Bukit Marwah, sedang menggunting rambut para jemaah untuk tujuan bertahalul. Segera saya menoleh.

              "Kenapa ni? Apahal Abang Mat?" tanya saya kepada salah seorang jemaah yang berusia separuh umur yang nampak cemas.

               "Cepat ustaz...ada jemaah kita pengsan sebelah sana tu..." kata Abang Mat tercunggap-cungap.

               Saya teruskan juga menggunting rambut seorang jemaah. Selesai.. saya pantas berjalan menuju ke arah sekumpulan orang ramai yang sedang berkerumun. Seorang wanita dalam lingkungan 50-an terjelopok di tanah, sedang memangku anak gadisnya yang terbaring kaku. Beberapa orang sedang mengipas-ngipas gadis yang pengsan itu menggunakan kain ihram

              "Apa yang berlaku Kak Ana?" saya bertanya. Alhamdulillah sejak menjadi mutawif saya diberikan Allah kelebihan cepat mengenali semua jemaah di bawah kelolaan walaupun baru dua tiga hari bersama.

              "Tak tahu ustaz!!! Tadi elok saja dia tawaf kemudian sai sama-sama saya. Selesai saja tiba-tiba dia jatuh macam ni," kata Kak Ana sambil menangis teresak-esak. Bergugusan air matanya jatuh ke pipi anaknya itu.

               Sejak  tiba di Mekah, tak ada pula apa-apa yang ganjil berlaku pada keluarga Kak Ana, suaminya yang saya panggil Abang Amin dan anak gadisnya itu, Fatimah. Ketika berada di tempat miqat di Tana'im tadi, untuk memasang niat umrah, semuanya nampak ceria. Begitu juga semasa melakukan tawaf.

              "Sabar Kak Ana, Abang Amin... Lebih baik kita bawa Fatimah ke hospital, biar doktor periksa. Saya carikan teksi," kata saya terus bergegas keluar dari Masjidilharam. 

               Di hospital, selepas melakukan pemeriksaan, doktor yang merawat Fatimah meminta saya memanggil ahli keluarganya. Ketika itu saya dapat menjangka apa yang berlaku.

               "Bersabarlah.. saya minta maaf. Segalanya adalah kehendak Allah. Inna lillahi wa inna rajiun," kata doktor berkenaan dalam bahasa Arab. Belum sempat saya terangkan pada Kak Ana, dia sudah meraung sambil memeluk Abang Amin. Kemudian diterkamnya sekujur tubuh Fatimah di atas katil.

         Kasihan sungguh saya lihat ak Ana. Dia menangis teresak-esak, terperanjat melihat anak kesayangannya yang pergi meninggalkannya buat selama-lama. Tiada siapa ketika itu yang dapat mengempang air mata daripada mengalir.

       "Abang Amin... tunggu kejap ye. Saya nak keluar buat panggilan telefon," beritahu saya kepada ayah Fatimah yang sejak tadi dalam sebak, cuba menenangkan isterinya.

        Saya melangkah keluar dari bilik rawatan. Biasanya jika ada kematian saya akan memaklumkan ke pejabat kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan ejen umrah kami. Bagaimanapun sekembalinya saya ke kawasan tempat Fatimah diitempatkan sepuluh minit kemudian, mengejutkan saya. Riuh-rendah kedengaran di dalam bilik rawatan. Saya bergegas masuk.

        Berderau darah saya apabila nampak Fatimah yang tadi terbaring kaku sedang berpeluk-pelukan dengan emaknya. Belum pernah saya melihat peristiwa pelik begini. Beberapa kali saya pejam celikkan mata saya, mahu memastikan benarkah apa yang saya lihat ini?

        "Apa dah berlaku?" saya bertanya sambil memandang Abang Amin. Yang lain juga nampak terpinga-pingga.

        "Semasa ustaz keluar tadi, tiba-tiba tangan Fatimah bergerak-gerak. Cepat-cepat isteri saya panggil doktor. Ketika itulah anak saya membuka matanya. Kami semua terperanjat melihat keadaan Fatimah.Yalah baru sekejap tadi doktor sahkan dia meninggal dunia, tiba-tiba..." kata Abang Amin terus menangis teresak-esak. Kak Ana tak mampu berkata-kata, selain hanya menangis sambil memeluk erat Fatimah yang tenggelam dalam pelukannya.

          Menurut Abang Amin, sebaik Fatimah membuka matanya.. isterinya terus peluk Fatimah sambil kedua-duanya menangis teresak-esak. 

          "Saya minta ampun maaf mak, ayah! Saya dah banyak buat dosa. Saya nak bertaubat. Tolonglah.. saya benar-benar insaf," tiba-tiba terdengar suara Fatimah dalam sedu-sedannya itu. Saya masih termanggu-manggu. Saya cuma dapat alihkan pandangan daripada wajah Abang Amin ke arah Kak Ana yang masih memeluk erat anak perempuannya itu. Diusap-usap muka Fatimah sambil tak putus-putus dicium pipi montel gadis itu berkali-kali dengan limpahan air mata.

           "Ustaz kena tolong saya, Tolonglah... saya nak bertaubat. Selama ini banyak dosa yang saya lakukan," kata Fatimah merenung saya. Yang mampu  saya lakukan cuma mengangguk-anggukkan. Terasa dada cukup sebak ketika itu.

            "Apa dah berlaku?" saya bertanya seperti orang bodoh. Sebenarnya tak tahu apa nak ditanyakan.

            "Saya tak tahuuu! Tapi ustaz, tadi saya berada di suatu tempat yang penuh dengan penderitaan.  Macam-macam yang saya lihat," kata Fatimah tergagap-gagap di celah-celah esak tangisnya. Saya semakin keliru.

             "Apa yang Fatimah nampak?" saya bertanya lagi sambil mengerut-ngerutkan dahi.

             "Saya takut ustaz. Takut akan azabNya. Saya lihat banyak perempuan yang digantung dengan rambut mereka yang terikat pada palang kayu sementara otak pula kelihatan mendidih. Semuanya meraung-raung menahan kesakitan. Saya tanya pada lelaki yang berada disisi saya. Katanya.. 'Inilah balasan buat perempuan-perempuan yang enggan menutup rambut mereka daripada dilihat lelaki bukan mahram. Saya benar-benar takut, ustaz!" kata Fatimah, menekup mukanya sambil teresak-esak.

             Selepas itu Fatimah bercerita lagi bagaimana dia melihat lelaki dan perempuan begitu ramai yang menghantuk-hantukkan kepala ke batu sehingga pecah berderai. Ada yang terkeluar otak mereka sementara darah bersemburan. Suara raungan mereka menahan derita jangan diceritakanlah ustaz.

             "Yang peliknya, mereka akan menghantuk semula sekalipun meraung-meraung kesakitan. Menurut lelaki tersebut, selepas ditanya, apa yang saya lihat, itu adalah hukuman Allah pada orang yang meninggalkan solat lima waktu secara sengaja. Dosa itulah yang saya lakukan setiap hari dalam hidup ini ustaz! Macam-macam lagi yang saya lihat ustazzzzzz! Tak sanggup saya...tak sanggup!!! Saya takut!! Tolonglah saya ustaz.. Saya insaf. Saya nak bertaubat," kata Fatimah seperti dirinya dirasuk.

              Ibu bapanya serta yang lain berpandang-pandangan sesama sendiri. Ada yang hanya termanggu-manggu dan ada yang kegugupan.

              "Sayalah yang paling banyak berdosa selama ini. Tak endahkan nasihat emak yang suruh pakai tudung. Banyak larangan Allah yang saya lakukan, saya jarang berpuasa dan sembahyang," Sambung Fatimah lagi. 

               Kak Ana nampak gamam betul. Dia tak faham kenapa anaknya berkata begitu. Apakah dosa yang dilakukan anaknya sehingga tiba-tiba berkata begitu, sesuatu yang tak pernah diucapkan sebelum ini.

               "Sabarlah... Allah sentiasa mengampunkan umatnya. Sabar Fatimah!" baru terdengar suara Abang Amin sambil tangannya mengusap-usap kepala anaknya itu. Kemudian Fatimah meneruskan ceritanya. Katanya beberapa kali dia merayu dan meminta belas kasihan lelaki yang mengiringinya agar mengembalikan dia kepada ibu bapanya.

                "Berkali-kali lelaki itu bertanya sama ada saya akan bertaubat jika saya diihidupkan kembali kembali. Saya merayu, saya berjanji akan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah," kata Fatimah bersungguh-sungguh. Selepas itu menurutnya, dia seperti baru tersedar daripada tidur yang lena. Dia membuka mata dan melihat emaknya sedang menangis.

                 "Saya ke sini pun kerana desakan amak dan ayah. Kalau ikutkan hati, memang tak nak datang. Selama ini saya tidak hiraukan tentang aurat. Inilah pertama kali saya memakai tudung.

                 "Saya jarang berpuasa, saya hanya berpura-pura di depan emak dan ayah. Malah sehingga sekarang saya tidak pernah menggantikan puasa yang tertinggal itu. Bantulah saya ustaz," kata Fatimah panjang lebar.

                  "Jangan risau. Saya akan cuba sedaya upaya membantu. Tapi buat masa sekarang eloklah bertenang. Saya janji akan bantu Fatimah, sabarlah!!!" kata saya cuba menenangkan Fatimah. 

                  Sejak itu Fatimah berubah. Waktu solat dialah yang paling awal ke masjid. Waktu  lain pula dia menghabiskan bersama saya mendengar kata-kata saya sehinggalah saya ajar bagaimana melakkan solat sunat taubat dan sunat yang lain. Saya bimbing dia, dan dia cukup seronok belajar. Saya lihat segala ibadah dan rukun umrah dilakukan dengan teliti dan teratur. Banyak masannya dihabiskan bersembahyang sunat di masjid. Dan dia paling banyak bertanya tentang hukum hakam. Syukur ke hadrat Allah yang membuka pintu hati anak gadis yang selama ini hilang pedoman. 

                  Abang Amin memeluk saya erat semasa kami berpisah di Lapangan Terbang Jeddah. Baru-baru ini, setelah 5 tahun berlalu - semasa pulang ke tanah air, saya bertemu dengan Kak Ana dan Abang Amin secara tidak sengaja. Mereka lantas menceritakan hal Fatimah. Menitis air mata ini bila mendengar cerita yang disampaikan itu.

                  Menurutnya, Fatimah kini jadi pendakwah dengan salah sebuah jabatan kerajaan. 

                  "Tak sangka saya ustaz, daripada seorang yang huuuu sana.. haaaaa sini, sekarang sudah menjadi pendakwah. Bersyukur tak terhingga saya pada Allah SWT," balas Abang Amin.

                  Saya hanya tersenyum sambil di dalam hati mengucap syukur ke hadrat Ilahi.

No comments:

Post a Comment