Friday 30 March 2012

Doakan lah dia..

Assalamu'alaikum,

Sahabat adalah 1/3 daripada jiwa kita,
1/3 lagi Ibu Bapa kita punya,
1/3 lagi ada pada Allah.
Dan semuanya cukup 3/3.

Sahabat, kau tidak keseorangan,
Kau punya masalah, insyaAllah kami disini boleh bantu meringankan sedikit kerisauan dihatimu,
Sahabat, sedihmu tidak membawa apa-apa selagi kau tidak mengadu pada Ilahi,
Jangan bazirkan air matamu hanya kerana fitnah yang tersebar luas.

Sahabat.. kau tidak apa-apa jika hatimu masih ada pada Ilahi,
Kau akan selamat dunia dan akhirat selagi jiwa dan ingatanmu masih tertumpu pada Maha Esa.

Berzikirlah, berselawatlah, hilangkan kegusaran dihatimu, buang segala kesedihan yang melanda jiwamu.
Pandang ke langit, dan berdoalah.. ketika kau senang & susah.
Sabar selagi mampu.

Sahabatku, jangan pernah mengalirkan air mata hanya disebabkan perkara sebegitu, kerana sebenarnya engkau belum merasai hebatnya ujian sebenar dari Ilahi. Allah hanya ingin menguji tahap keimananmu kerana Allah sayangkanmu wahai sahabatku. Engkau begitu beruntung jika sering diuji.

Wahai sahabatku, ketahuilah sesuatu.. perkara yang kita rasa tiada lagi kasih sayang Allah pada kita sebenarnya itulah tanggapan yang paling salah, kerana kasih sayang Allah pada seluruh hamba-Nya lebih besar kalau dibandingkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang baru dilahirkan.

Perkara sebegitulah yang memberi peringatan bahawa kita sedang diuji dan itu membuktikan kewujudan Allah dan kekuasaannya.

Wahai sahabat yang ku cinta kerana Ilahi,
Kau menangis bererti kau tidak rela diuji...
Biarlah air mata itu disimpan buat yang takut pada Ilahi...
Jangan pernah takut akan mati..
Kerana disitulah permulaan kita untuk berjumpa Ilahi..
Agar kita boleh sama-sama memimpin tangan berjalan menuju ke SyurgaNya nanti...

Salam dari Aliyah...
__________________________________________

Sebenarnya ada kes yang sampai saya sendiri pun tak mampu untuk memotong percakapan diorang.
Dia seorang yang agresif sikit.. terdedah pada dunia sosial zaman sekarang..
Jadi, disebabkan ke'agresif dia tulah yang menyebabkan dia difitnah oleh rakannya sendiri. #Rakan ke kalau suka fitnah orang?


So, sekarang ni dia tengah fikir macam mana nak jelaskan semuanya pada kawan2 dia yang lain yang dh terpengaruh dengan kawan dia sorang lagi..






Maka disini saya nak ambil kesempatan pada awak semua.. tolonglah doakan dia supaya hati dia berubah ke arah yang lebih baik..
Doakan dia supaya dia menjadi muslimah yang sejati..
Doakan dia supaya hati dia terbuka untuk menutup aurat..
Doakan dia supaya dia tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yg munafikun..
Dan doakanlah dia supaya dia tidak tercampak dalam api Neraka yang membara..

Kesian dia.. saya betul-betul nampak dia punya potensi untuk menjadi seorang muslimah yang baik.. kerana hati dia lembut.. Orang yang hati lembut nilah yang mudah terpengaruh.
Jadi pengaruhlah dia supaya melakukan kebaikan..
Saya tulis ni khas untuk dia.. atau siapa2 yg tengah bersedih.. 


Wahai rakan kepada kawanku.. Cukuplah membenci perbuatan jahat seseorang dan janganlah membenci dirinya kerana masih ada dalam hati mereka kalimah Tauhid Laailahaillallah. Sayangilah mereka kerana Allah memilih mereka didalam golongan kaum Muslimin seperti kita.

Manusia boleh berubah, perbuatan boleh berlalu. Taubat sentiasa terbuka. Adakala kita memaki manusia yang sudah bertaubat dan mengungkit-ngungkit kesalahannya yang lalu. Kita bukannya maksum untuk menghukum orang lain dan mereka bukannya syaitan untuk dibenci selama-lamanya.

Jika seseorang melakukan kesalahan, seharusnya tegur dan nasihatilah dia dengan berhikmah.. Bukan hentam dan terus memburukkannya.. tuturkanlah kata-kata yang baik kerana kata-kata yang baik adalah sedekah...

Wan Muhd Ali (WanWMA).


Ingat, sapa2 yg suka berghibah (mengumpat) maka Allah akan letakkan mukanya didubur pada hari Akhirat kelak. Jadi nasihat saya jauhi perkara kutuk-mengutuk ni, siapa2 yg suka mengumpat cepat-cepatlah mintak maaf dekat orang yang awak mengumpat, kalau awak tak mahu muka awak diletakkan pada dubur awak sendiri.

Setakat ni saja.. sekian wassalamu'alaikum warrahmatullah hiwabarokatu.

No comments:

Post a Comment