Assalamua'alikum.. nak cerita sikit tentang betapa besarnya cinta Rasul pada kita.
Nak?? Nak tau?? Meh sini..jom story sikit..
Suatu ketika Nabi SAW bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar daripada mulut baginda yang sangat mulia.
"Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku." kata baginda Nabi SAW.
"Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-sandaramu?" Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-sandaraku." Suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah." kata seorang sahabat yang lain juga.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepala perlahan-lahan sambl tersenyum. Kemudian Baginda bersuara, Baginda SAW menjawab.
"Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama dengan denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung jugalah mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (Hadis Muslim)
Lihatlah betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah tidak pernah bertemu dengan kita, namun cinta dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar. Apakah cinta kita mampu menandingi kisah cinta seorang Rasul terhadap umatnya? Bahkan dirindukannya kita ntuk ditakhtakan syafaat penyelamat di alam akhirat. Sehingga diceritakan, Nabi SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai stafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nab SAW bersabda: "Setiap nabi mempunyai doa mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaatkan doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat." (Riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)
Adakah nilai cinta kita kepada seorang "BOYFRIEND"/ "GIRLFRIEND" atau "PAKWE"/ "MAKWE" seandainya Si BF/GF tersebut siang malam merindu, menghantar SMS, mengirim bunga cinta, dan menyemai satia? Namun, kita selaku BF/GFnya sekadar menyemai wajah penuh penipuan tanpa rasa cinta kepada pasangan kita. Bukankah kita ini pasangan yang kejam dan tidak jujur dalam percintaan? Begitu jugalah cinta kepada RasulullahSAW. Apakah layak diterima syafaat daripadanya andai cinta kita kepadanya berkalung dusta? Sedangkan baginda saban hari mengalirkan air mata mengenang nasib kita.
Wahai Rasulullah, saksikanlah hari ini aku mencintai dirimu walau aku tidak pernah menatap wajahmu. Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh. Terhapus ruang dan waktu. Percayalah akan kesetiaan ini. PADA KETULUSAN AISHITERU..
No comments:
Post a Comment