Monday 7 November 2011

Penenang Jiwa

TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

"Tanda-tanda  takut kepada
 Allah kelihatan 7 perkara."


1. Lisan -Dia menghindarkan daripada dusta , ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong  dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan         muzakarah ilmu.   
2. Hati - Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."


Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat merbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.


3. Pada pandangannya - Maka dia tidak suka memandang pada makananan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yamg haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rsulullah SAAW teah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat."


4. Pada perutnya - Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagamana Nabi SW bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit  dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya, Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."


5. Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.
6. Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.


Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air."
Seolah-olah Allah mengatakan, "Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api Neraka."


Pernah pada suatu ketika Umar bin Khathab jatuh pengsan, manakala mendengar ayat Al-Quran dibaca. Kemudian pada suatu ketika dia mengambil sepotong kayu sambil berkata, "Sekiranya aku menjadi kayu, tidaklah aku menjadi seperti ini. Dan jika sekiranya ibuku tidak melahirkanku." Beliau menangis teresak-esak. Air matanya mengair membasahi pipinya. Sehingga pada mukanya ada dua garis hitam bekas air mata. Sehingga Rasulullah SAW pernah mengatakan,
"Api (Neraka) tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takutkan kepada Allah SWT. Sehingga air susu kembali ke buah dada."




Diceritakan daripada Muhammad bin Munzir ra. Manakala menangis, beliau mengusapkan air mata ke muka dan janggut sambil berkata, "Telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata. Maka sayugianya orang mukmin takut akan seksaan Allah serta menahan dirinya daripada nafsu dan syahwat. Allah berfirman yang bermaksud:
"Maka brangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diaminya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diaminya." (Q.S. An Nazi'at: 37- 47)

No comments:

Post a Comment