Saturday 7 January 2012

Bersahabat, Berteman, Berkawan sehingga akhir hayat ku ♥

"Opie!! Opie!! bangunlah.. Opie...SOFIEAAAA!!!!!" Laung rakan-rakannya. Melihat hanya jasad yang tinggal. Nampaknya Allah lebih menyayanginya..
____________________________________________________________________________________________________

Kelihatan 8 sahabat sejati itu mengiringi cikgu dengan membawa sebiji buku masing-masing untuk subjek yang seterusnya.
"Korang semua dah makan lunch? Kalau belum..Jom cikgu belanja.. " kata Cikgu Sadiah.
"Err... yeke ni.. karang tak pasal-pasal cikgu habis duit karang.. kitaorang tak nak bertanggungjawab." balas Zira, periang antara periang. 
"Tak pe lah.. cikgu.. terima kasih atas tawaran tu." kata Sofiea.
"ok kalau macam tu.. cikgu pergi dulu..assalamu'alaikuum.."
"Wa'alaikumussalam.." balas kesemua budak-budak itu..
"Eh..Pie!! kau ada scandal ek dengan budak semester satu tu?" tanya Qira sebaik saja melihat guru kelas kesanganan mereka pergi.
"Mana ada!! siapa cakap?" Tanya Sopfea.
"Ala, cakap ajalah.. orang semua dah tahu dah.. kau suka dia ke, or dia suka kau?" tanya Qira yang masih lagi mengusik kawannya yang agak pendiam itu. Yang lain masih berdiam diri, tidak mahu masuk campur dalam hal-hal yang membabitkan soal cinta. Pelajaran mereka masih baru, jadi mereka ingin betul-betul berjaya.
__________________________________________________________________________________________________

Dan gosip tentang mereka berdua masih lagi hangat dibicarakan.

"Opie!!..."laung seorang lelaki yang dikenalinya. Lelaki itulah yang menyebabkannya menghadapi situasi yang agak panas dalam kalangan budak-budak kolej yang meminati jejaka itu.
"Ada apa?" tanya Sofiea acuh tidak acuh. 'Tolonglah jangan babitkan aku.. tolong jangan babitkan aku..' perkataan itu diulang-ulang beberapa kali di dalam hatinya.
"You ada masa lebih tak..I nak cakap sesuatu dengan You.." Kelihatannya seperti serius. Sofiea akur.
Lalu lelaki yang bernama Nazri itu pergi ke belakang kolej itu bersama Sofiea. 

"Perkara ni kene cepat selesai. Kalau tak..habislah kita.." Nazri memulakan bicara.
"Tolonglah Nazri.. jangan babitkan akak dalam hal ni.. jangan susahkan akak dengan perkara remeh temeh..dan lakonan Nazri lagi boleh tak.. akak dah penat sangat.. mula-mula suruh jadi kakak angkat, lepas tu pura-pura jadi girlfriend..lepas ni apa pulak? ISTERI??? cukuplah dengan........" kata-kata itu terputus di situ. 'Sabar Sofie. Tak boleh ada siapa-siapa yang tahu tentang hal tu. Tak boleh!!' tegas dia memberi amaran dalam hatinya. Memang benar, jarak umur antara mereka hanyalah setahun dua.. tetapi perasaan Nazri itu lebih kepada naluri seorang lelaki.
"Tapi Sofie.. I dah tak boleh tahan dah dengan sikap You yang lemah lembut tu.. I tak tahu.. perasaan ni datang tiba-tiba. I nak lamar You.. I nak You jadi isteri I.. betul isteri!! hanya untuk I seorang saja.. boleh lah ye?" rayu Nazri. Tapi kali ini dia sudah mula memegang lengan Sopiea. Sopiea terkejut dengan tindakan itu lalu segera menampar Nazri hingga Nazri jatuh terduduk.
"Jangan nak berkurang ajar dengan orang yang lebih tua dari Nazri.. Akak anggap Nazri macam adik sendiri, sebab akak tak ada adik. Akak anak yatim piatu. Nazri datang miinta jadi adik angkat akak, akak gembira sangat masa tu. Tapi kali ni akak tak boleh memaafkan Nazri lagi. Nazri dah keterlaluan!!" Geram dengan sikap Nazri, lalu segera dia beredar.
__________________________________________________________________________________________________

"Eh.. betul ke kau dengan si Nazri tu dah.."
"Dah apa?.." dingin saja Sofiea mencelah kata-kata Lija. Mereka semua hanya mampu terdiam sebaik mendengar suara Sopiea yang agak dingin dari biasa.
"Kau ni Lija...sudah-sudah lah tu.. kau dengar gosip dari pihak keduakan.. ntah betul ke tidak tu? jangan-jangan diorang buat cerita jer." balas Hani. 
"Hari ni dia nak minta maaf atas kejadian semalam..so dia ajak aku pergi padang habis waktu ni.. " Kata Sofiea.
"Kitaorang ikut kau.. takut terjadi apa-apa dekat kau." semua menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata 
Balqis.
"Tak apa. Korang masih banyak kerja lagi nak kene buat so.. it's ok..aku pergi sorang..kan aku ada belajar karate dengan cikgu Lee Yui masa sekolah menengah dulu.. aku masih ingat lagi. Silat pun aku boleh guna kalau dia buat apa-apa dekat aku.." balas Sopiea. Kesemua tujuh orang sahabatnya tersenyum lega.
_________________________________________________________________________________________________

Tepat jam 6:oo petang, kelihatan Nazri sudah pun berada di atas kerusi menghadap padang yang luas tu sambil menunggu kedatangan Sofiea. Lalu dia menelefon rakannya Hanafi, 
"Weh!! kau dekat mana.. asal tak sampai-sampai lagi? kita dah buat plan ni awal-awal lagikan.. kau jangan nak mengada-ngada batalkan plan aku.. tugas kau cuma perlu ambil video aku dengan Sopiea saja..lepas tu kau pandai-pandailah edit supaya bende tu nampak gempak.. baru best!! ok. ok .. eh, dia dah sampai lah.. nanti aku call balik..ok ok. daaa~~" talian diputuskan. Dendam Nazri perlu dilangsaikan segera, jika lakonannya untuk melamar Sopiea itu gagal, dia perlu melakukan sesuatu supaya dia dikahwinkan dengannya.

"Assalamu'alaikum.. dah lama tunggu ke?" mukanya nampak tenang memberi salam.
"Wa'alaikummussalam..eh . baru jer, tak adalah lama sangat. Ermm datang dengan siapa?" tanya Nazri berbasi-basi.
"Seorang je.. hah!! akak tak ada masa ni.. nak kene cepat. Nanti..." belum sempat Sofiea menghabiskan kata-katanya, Nazri mencelah.
"Ala..tunggu lah kejap..kejap aja.. ok kalau macam tu terlebih dulu saya nak minta maaf atas kejadian yang tak disangka tu. Saya hanya mengikut kata nafsu semata-mata. Saya betul-betul minta maaf.." Melihat rakannya sudah sampai, Nazri mulakan watak yang ditunggu-tunggu itu.
"Ok,, Akak faham..lain kali fikir dulu sebelum melakukan sesuatu. Akal ada Allah Ta'ala bagi, gunakan sebaik-baiknya. Nazri mengangguk.
________________________________________________________________________________________________

Semua dikolej itu memandang Sopfea dengan wajah yang agak tidak puas hati. Ada yang menjeling, ada yang mengata depan-depan. Malah rakan-rakan Sofiea juga mula menjauhkan diri dari dirinya.

"Apahal ni? ni dah masuk lima hari diorang jeling-jeling aku. Aku ada buat apa?" bisik Sofiea. Kelihatan rakan-rakannya sedang gelak ketawa di tempat parking kereta semasa Sopiea keluar dari kawasan kolej itu. Sofiea lalu mendapatkan rakan-rakannya.

"Hey, asal tak tunggu aku masa keluar tadi. Lama aku tunggu korang dekat kantin. Jadi siapa boleh tumpangkan aku balik rumah?" soal Sofiea. Tetapi reaksi masing-masing hanya menunjukkan yang Sofiea ini seperti orang asing bagi mereka. Maisng-masing mendiamkan diri sebaik saja Sofiea mendekati mereka. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku, mereka semua membawa haluan masing-masing lalu segera meninggalkan Sofiea yang keseorangan.

"Maafkan aku Opie..aku dah tak tahan dengan sikap kau yang suka berahsia. Lagi-lagi tentang video tu, aku yakin 100% tu kau. Sanggup kau.. " bisik Qira sambil memandu meninggalkan Sofiea seorang diri.

"Apa semua ni?? Kawan-kawan aku jugak. Apa yang aku dah buat??" soalnya sendirian lalu terpaksa berjalan kaki ke rumah. Cuaca pula mula kelihatan mendung sama seperti keadaan Sofiea. Hujan yang turun renyai-renyai mula lebat. Air matanya sudah tidak kelihatan lagi disebabkan bercampur dengan air hujan. Tudungnya basah kuyup begitu juga seluruh badannya. Hari itu entah macam mana, dia terlupa membawa payung dari rumah. Terpaksa meredah hujan yang semakin lebat itu. Kemudian, Sofiea teringat dia masih ada temu janji dengan doktor yang merawatnya lalu segera menunggu teksi untuk dibawa ke hospital.

"Astagfirullahal'azim!! macam mana boleh basah kuyup ni.. mari masuk.." ajak Dr. Aina yang melihat keadaan Sofiea.
"Ya. Allah .. sampai macam tu sekali?" agak terkejut Dr.Aina setelah Sopiea menceritakan keadaannya di kolej.
"Awak tak boleh galak sangat nanti terjadi apa-apa dekat jantung awak tu baru tau. Awak dah lemah sekarang. Lebih-lebih lagi penyakit barah otak awak tu dah semakin mengembang. Jaga kesihatan awak tu. Jadi mari saya check darah awak ok.. insya'allah harap tidak ada apa-apa yang beraku." kata Dr.Aina.
_________________________________________________________________________________________________

Kini sudah hampir sebulan Sofiea tidak ke kolej. Rakan-rakannya mula risau keadaannya sekarang. Mereka juga amat kesal dengan apa yang sudah berlaku. Rupa-rupanya semua ini angkara Nazri dengan geng-geng yang anti dengan Sofiea. Video itu hanya palsu semata-mata. Sofiea tidak melakukan itu semua. Kebenaran itu terbongkar selepas Hanafi tertinggal laptopnya di perpustakaan yang mengandungi banyak vidoe lucah termasuk video yang sebenar Sofiea.
Mereka menefon telefon bimbit Sopiea tetapi masih gagal. Qira dan yang lain-lainnya terasa bersalah bersarang di kepala selepas meninggalkan Sofiea seorang diri di parking kereta. Kemudian tiba-tiba nombor yang tidak dikenali menelefon Hani. Lalu tanpa memikirkan siapa di talian, Hani menjawab. Mungkin Sofiea menggunakan telefon awam. fikir Hani.
Tiba-tiba telefon bimbit Hani jatuh lalu mengejutkan semua rakan-rakannya ; Qira, Zira, Balqis, Lija, Hafiza, dan Sarah.
Air mata Hani bercucuran membuatkan mereka semua gelisah. 

"Hospital, hospital... kita kene pergi hospital sekarang.. Opie, Opie nak cakap sesuatu dengan kita sebelum dia pergi buat selama-lamanya." Mereka dengan segera memandu laju ke hospital yang diberitahu Hani oleh Dr.Aina dalam talian sebentar tadi.
__________________________________________________________________________________________________

Sampai saja meraka di dalam bilik Sofiea, kelihatan Sofiea perlahan-lahan memandang kearah mereka semua dengan mata yang sangat layu. Meminta belas kasihan, meminta maaf atas apa yang sudah dilakukan sebelum ini.

"Ko..korang. Te..terima kas..sih sebab datang te..tengok aku. Aku cuma nak beri..tahu yang...... aku sayang ,,ko..rang semua..korang lah satu-satunya..keluarga ..aku.. Aku..cuma..nak ..ko.rang percaya..yang..aku ..tak..buat semua tu."Suaranya semakin hilang dan hilang. Kelihatan garis-garis hitam dibawah matanya akibat dari terlalu banyak menangis.
"Kita orang tahu, kau tak bersalah. Kau mangsa keadaan... "Balas Hani.
"Opie..jangan tinggalkan aku.. aku tau aku salah.." kata Hafiza pula.
"Opie, kami minta maaf..." kata Qira dan Zira serentak. Mereka kelihatan betul-betul menyesal atas tindakan mereka meninggalkan Sofiea keseorangan.
"Opie... kau tak kan tinggalkan kitaorang kan?" tanya Balqis pula.
"Aku ada ..sa..satu surat un..tuk ko..korang ..ada atas meja.. baca ye!!" lalu mereka segera membuka surat itu. Sambil membaca surat itu. tanpa mereka sedari Sofiea telah pun meninggalkan mereka buat selama-lamanya, dengan dua lafaz kalimah syahadah.

Sofiea
"Kepada rakan-rakanku, selagi aku masih bernafas.. aku nak minta maaf dekat korang.. mungkin ada perkara yang korang tak suka..sampai korang mula menjauhkan diri daripada aku. Aku tak tau sama ada kata-kata ini boleh tahan rindu aku dekat korang. Yang penting buat Sarah dan Hafiza yang tidak pernah buat aku tersenyum..hihi tak adalah, korang lah mata dan telinga aku, yang boleh membuat aku memandang dan mendengar sesuatu. Balqis dan Hani..korang jiwa dan hati aku. Korang berdua bagaikan memahami perasaan aku, tapi tidak kali ni .. korang tidak dapat memahami aku dengan betul. Lija.. kau the best..buat yang terbaik untuk masa depan kau. Akhir sekali Zira dan Qira.. mungkin korang sudah tidak berapa rapat lagi dengan aku. Jadi kesempatan yang masih ada ni, aku nak ucapkan Zira dan Qira ..jaga diri.. Jangan bergaduh. Aku tau korang gaduh-gaduh manja je. Jujur aku kata.. aku cemburu tengok kau dengan Zira rapat , mana-mana mesti kau akan cari Zira dulu.. kadang-kadang aku rasa nak menangis depan kau jugak sebab dulu kau sangat rapat dengat aku tapi inillah kesudahan sis-sisa hidup aku. Aku sebenarnya ada penyakit barah otak , baru lagilah.. rasanya.. mulanya aku ingat pening-pening biasa aje, tapi bila Dr Aina kata aku ada barah otak.. aku terus cuba jauhkan diri aku daripada korang. Tapi aku tak boleh sebab aku sayang korang. Aku nak tanya korang..ada lagi tak perasaan rindu korang seperti rindu aku dekat korang. Sanggup ke aku terus terlena tanpa korang disisi aku..aku akan selalu menanti korang dekat Syurga sana.. ok sampai kan salam aku dekat budak-budak kolej kita.. daa~~ ssalamu'alikum.. "

Angin keluar dan masuk, terus menyentuh pipi-pipi gadis-gadis muda ini. Air mata mereka mula kering. seorang sahabat akan sentiasa ada buat sahabatnya, tak kira time kita tengah tersenyum, gelak atau menangis. sahabat sejati takkan tinggalkan kita hanya kerana kesalahan kecil, tapi dia akan menegur kita.. sebab dia nak masuk syurga dengan kita :)

Pada hari Jumaat jam 2:45 petang. Sofiea meninggal dunia, meninggalkan segala-galanya.

tiada lagi usik-mengusik 
tiada lagi hilai tawa yang membingitkan                                                            
tiada lagi gurau senda yang melampau
tiada lagi bual bicara selepas makan
tiada lagi agenda tampar menampar
tiada lagi aksi berkejaran sana ke sini
tiada lagi suara-suara memberikan kata semangat
tiada lagi sesi luahan hati dan perasaan
segalanya tiada..........

_____________________________________Tamat_______________________________________________

No comments:

Post a Comment