Saturday 7 January 2012

Di Sana Pastinya Kekal, Insya'Allah.

Aku masih ingat tentang pertemuan kita buat kali pertama.
Senyumanmu buat hatiku terhibur.
Dirimu bagaikan bidadari yang datang bertandang dihati untuk mengajakku jauh dari kemaksiatan, dekat pada Allah SWT.
Kau selalu memberiku nasihat yang berguna.
Kaulah yang diutuskan Tuhan untuk membimbingku ke pangkal jalan.
Jujur, mulanya aku sangat benci dan rimas.
Kadang-kala kau seperti memperhatikan aku seperti Malaikat Maut yang mahu mencabut nyawaku. 
Setiap hari, setiap saat, kau selalu berada didepan mataku.
Sampaikan aku terpaksa menjeling kau yang berada di depanku.
Aku tahu kau terasa. Tapi itulah yang aku mahu.
Aku mahu kau jauh daripada aku. 
Tapi dengan kuasa Allah, doaku termakbul.
Kau mula menjauhi. Aku pula semakin tenggelam dengan kuasa dunia.
Disaat akhir nyawaku hampir ditarik oleh-Nya, kau datang menghulurkan tangan erti persahabatan yang baru terjalin.
Akhirnya aku tahu, engkaulah sebenarnya sahabat akhir zamanku.
Kita selalu berkongsi apa saja.
Lagu kegemaran kita ; Brother - Doa perpisahan.
Mulanya aku tak tahu lagu ni sehinggalah kau suruh aku dengar. 
Alhamdulillah.. aku makin sedar kelemahanku sendiri melalui lagu ni.
Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.




Sahabatku...

                                                                                    
Tapi jantungku hampir gugur dan berhenti sebaik saja perkhabaran tentang kematian kau diumumkan didewan sekolah.
Ya Allah..!! Apa ni? kau tak boleh tinggalkan aku. Tapi apakan daya, kejadian sudah 5 tahun berlalu.
Sekarang aku di depan kubur kau, sedang membaca Yassin.
Surah kegemaran kau.
Setiap kali aku menaiki kereta, pasti kebetulan lagu doa perpisahan kedengaran di corong radio keretaku.
Seolah-olah memberi tahu ku setiap yang hidup pasti akan mati jua.
Dan akhirnya aku tahu, doa perpisahan yang kau suruh dengar tu adalah salah satu tanda yang kau akan meninggalkanku sendirian.
Aku pasti dan aku berharap persahabatan kita tidak sampai disini.
Mulut kau tidak pernah bergerak menyatakan selamat tinggal kepadaku.
Kerana ucapan selamat tinggal tu seolah-olah menyatakan kita tidak akan berjumpa buat selama-lamanya,
Tidak!! Aku harap kau dan aku bersahabat sehingga ke Syurga Allah. Insya'Allah..!!

-Coretan Hati-

p/s : Sekadar suka-suka, bukan cerita benar -Aliyah-

No comments:

Post a Comment